Boleh kurang

Daripada Bodohpedia
Jump to navigation Jump to search

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian. lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Pak Pandir: "Bang harga durian ini berapa?"

Orang Asli: "yang ini.. sepopit sebiji.."

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..

Pak Pandir: "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli: "Boleh aje, nak kurang berape?

Pak Pandir: "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Pak Pandir.

Orang Asli: "Lahupa itu berapa?"

Pak Pandir: "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"