Malas sekolah

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Labu masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.


Ibu: Labu…Labu…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.


Labu: Alah mak… Labu tidak mahu pergi ke sekolah! Malas lah mak.


Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Labu berikan emak dua sebab mengapa Labu tidak mahu ke sekolah.


Labu: Semua murid-murid tak suka Labu. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Labu!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Labu untuk ponteng ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”


Labu: Baiklah, sekarang emak pula berikan Labu dua sebab mengapa Labu mesti pergi ke sekolah.


Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Labu dengar baik-baik…. Pertama: Labu sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Labu kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”