Malas tahap gaban

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suatu ketika dahulu… ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin. Suatu hari rajanya membuat pengumuman kerana mahu mencari seorang yang amat pemalas.

Lalu ada seorang lelaki yang mengaku dia memang pemalas.

LELAKI A: Hambalah yang paling pemalas , tuanku.

RAJA: Bagaimana tahap malas tuan hamba ?

LELAKI A: Jika hamba mahu makan ada orang yang akan menyuapkan hamba.

Tiba-tiba datang lelaki B..

LELAKI B: Hamba lagi malas daripadanya, tuanku.

RAJA: Kemalasan tuan hamba bagaimana pula ?

LELAKI B: Kalau hamba mahu makan ada orang yang akan tolong kunyahkan, tuanku.

LELAKI C: Hambalah yang paling malas sekali wahai tuanku.

RAJA: Ye, tuan hamba pula bagaimana ?

LELAKI C : Nak cerita pun MALAS...

RAJA: Mengangguk-anggukkan kepalanya sambil berfikir "Memang jenis manusia tak boleh buat menantu......."