Manga

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah sebuah manga yang popular di Malaysia: Initial D

Manga (漫画) adalah perkataan Jepun untuk sejenis buah yang bernama Manga. Ibu buah tersebut ingin memberi nama Daniel akan tetapi ditentang keras oleh ayah pin.

Bouncywikilogo.gif
Rencana ini kurang Bodohpediawi

Rencana ini menyimpang dari Kaedah-Kaedah Bodohpedia yang telah ditetapkan oleh Saiful apek, Badul, (beserta saudaranya dari Indonesia), Enma Ai, beruknya, yang didasarkan pada Kitab Gila-Gila, alias kurang bodoh . Mungkin kerana penulisnya terlalu lama berdiam di Wikipedia atau menulisnya sambil buang hajat

Marilah bantu Bodohpedia dengan membawanya ke jalan yang benar.

Sejarah[sunting]

Manga, jika diterjemah secra harafiah, bererti "gambar rambang". Perkataan ini julung kali dipakai secara umum pada akhir abad ke-18 apabila keluarnya karya-karya seperti "Mankaku zuihitsu" oleh Suzuki Kankei (1771) dan Santo Kyoden buku bergambar "Shiji no yukikai" oleh Santo Kyoden (1798), dan juga pada awal abad ke-19 dengan karya-karya seperti "Manga hyakujo" oleh Aikawa Minwa (1814) dan Hokusai manga masyhur yang mengandungi beraneka lukisan daripada buku sketsa artis ukiyo-e terkenal bernama Hokusai.[1] Namun begitu, giga (harrafiahnya "gambar lucu"), terutamanya Chōjū Jinbutsu Giga (鳥獣人物戯画,? literally "gambar lucu haiwan dan manusia"), yang dilukis pada abad ke-12 oelh pelbagai pelukis, banyak mengandungi sifat-sifat manga seperti penekanan pada cerita dan garis-garis yang ringkas dan penuh kesenian.

Fail:Japan-woodblock.jpg
Ilustrasi kayu kayan Jepun dalam abad ke-19

Manga moden berkembang dari campuran buku bercetak blok kayu dan gambar dengan gerakan seni yang asing. Apabila Amerika Syarikat mula berdagang dengan Jepun, Jepun sedang memasuki satu zaman pemodenan pesat yang diiringi globalisasi. Maka, rakyat negara Jepun mengimport artis asing untuk mengajar murid-muridnya benda-benda seperti garis, rupa dan warna, iaitu elemen-elemen yang tidak pernah ditakan dalam ukiyo-e kerana idea di sebalik gambar biasanya dianggap lebih pentingTemplat:Fact. Manga pada zaman itu dikenali sebagai Ponchi-e (Punch-picture) dan, sepertilah majalah British Punch yang selaras dengannya, kebanyakannya menggambarkan humor dan sindiran politik dalam format pendek, bergambar satu atau empat.

Ketika lewat zaman Meiji hingga sebelum Perang Dunia Kedua, mangaka terkenal termasuk Rakuten Kitazawa dan Ippei Okamoto. Rakuten Kitazawa pernah berlatih di bawah ajaran Frank A. Nankivell, seorang artis Australia, dan bekerjasama dengan Jiji Shimpo setelah diperkenalkan kepadanya oleh Yukichi Fukuzawa. Selepas itu, Rakuten menerbit karya-karya masyhur seperti Tagosaku to Mokubē no Tōkyō-Kenbutsu (田吾作と杢兵衛の東京見物,? "Tagosaku dan Mokube Melawat Sekitar Tokyo") (1902) dan Haikara Kidorō no Sippai (灰殻木戸郎の失敗,? "Kegagalan Kidoro Haikara") (1902). Ippei Okamoto ialah pengasas Nippon Mangakai, persatuan kartunis paling sulung di Jepun. Karya manga manbunnya, seperti Hito no Isshō (人の一生,? "Hidup satu orang") (1921), menjadi pengaruh utama terhadap mangaka zaman sekarang dan menjadi prototaip bagi manga fiksyen pada zaman seterusnya.[2]

Format manga[sunting]

Manga dibaca bermula dari kanan ke kiri.

Pengaruh antarabangsa[sunting]

Di Amerika Utara[sunting]

Manga terbukti menjadi industri yang pesat membangun di Amerika, mencapai nilai pasaran sejumlah $180 juta pada 2005.[3] Tambahan pula, sebagai bukti kukuh pengaruhnya, sekurangnya 40 akhbar bersindiket telah menambah manga pada sudut komik mereka.[3] Manga juga menimbulkan minat kaum wanita untuk membaca komik. Di Amerika Syarikat di mana pembacaan komik didominasi lelaki, perempuan merangkumi 60% daripada bilangan pembaca manga.[3]

Manga juga telah mempengaruhi gaya pelukisan komik yang ditampilkan oleh muka-muka baru dalam arena penghasilan karya komik di Amerika.

Di Malaysia[sunting]

Manga telah wujud di Malaysia sejak zaman Doraemon. Sekarang, terdapat beberapa penerbit yang ditanggungjawabkan untuk menerbit komik yang diterjemah ke Bahasa Melayu atau Cina, seperti Tora Aman dan Comics House. Manga juga diterbit dalam majalah seperti Kreko dan Arena.

Manga dalam bahasa Inggeris juga didapati tetapi terhad kepada kedai-kedai buku tertentu sahaja.

Dewasa ini, kehadiran manga didapati mempengaruhi karya-karya komik tempatan seperti yang terdapat dalam majalah Gempak dan Starz.

Jenis manga[sunting]

Siri manga yang popular di Malaysia[sunting]

Untuk membaca manga, anda boleh membeli Majalah Komik Kreko, Arena, dan Umbra yang dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan (terdapat pelbagai judul manga popular. Sama dengan Shonen Jump).

Nota dan rujukan[sunting]

  1. Adam L. Kern, Manga from the Floating World, ISBN 0-674-02266-1
  2. Isao Shimizu "Zusetsu Manga no Rekishi" ISBN 4-309-72611-9
  3. 3.0 3.1 3.2 Masters, "America Is Drawn To Manga"

Lihat juga[sunting]

Templat:Commonscat