Selasa

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Selasa ialah nama bagi hari ketiga. Berikut merupakan aktiviti yang berlaku pada hari Selasa.

  • 6.00 pagi - Bangun pagi sambil menyanyi lagu "Bangun pagi, gosok gigi"
  • 7.00 pagi - Sarapan. Memastikan badan cukup dengan tenaga bagi berhadapan dengan bos yang suka mencari kesalahan orang lain.
  • 8.00 pagi - Mengadap trafik jem, sambil mendengar DJ radio syok sendiri
  • 9.00 pagi - Masih lagi dalam kereta, sudah mula menunjukkan simptom menengking semua orang yang berpotensi menghalang lalulintas. Polis? Pak menteri yang diescort polis? Semuanya dimaki.
  • 10.00 pagi - Bos mula telefon bertanyakan khabar. Dimaki hamun sambil menunjukkan jari tengah kepada telefon. Perbuatan ini sangat bodoh kerana bos tak nampak pun jari tengah itu.
  • 11.00 pagi - Syaitan mula membisik, "ambillah MC, mari kita tengok wayang". Masih lagi mengadap trafik jem, namun begitu simptom ketenangan mula kelihatan.
  • 12.00 tenghari - Sampai di pejabat. Namun begitu, terserempak dengan kawan pejabat yang mengajak makan di kedai mamak, sambil menghisap rokok dalam sebatang dua.
  • 1.00 petang - Masih lagi di kedai mamak, sudah menghisap lebih kurang 20 batang rokok. Sudah mula menunjukkan rasa mengantuk akibat kafein, lemak dan nikotin yang telah selamat diserap di dalam badan.
  • 2.00 petang - Bos telefon sekali lagi bertanyakan khabar. Menerima hasutan syaitan dengan mudah. "Bos, saya MC hari ini. Doktor kesan saya ada penyakit saraf yang menyebabkan keadaan jantung saya berdegup kencang macam rembatan Roberto Carlos." Bos tak faham apakah maksud itu, namun meluluskan MC tanpa meminta surat doktor. Selamat sudah 1 perkara.
  • 3.00 petang - Membuka laman gsc.com.my untuk mencari cerita yang best ditayangkan. Perasaan hampa kerana tiada cerita menarik. Cerita Spiderman sudah tengok dengan awek minggu lepas.
  • 4.00 petang - Lupa akan cuti MC. Terus pulang ke rumah. Laporan lalulintas menyatakan keadaan lalulintas di Federal Highway sangat lancar.
  • 5.00 petang - Baru nak gerak ke? Semoga berjayalah pulang ke rumah ikut Federal Highway.
  • 6.00 petang - Belum sampai rumah lagi. Kereta baru gerak 0.2 kilometer.
  • 7.00 petang - Belum sampai rumah lagi. Sempat order roti tuna dengan brader jual roti tepi jalan. Sedap tak terhingga sehingga menjilat stereng kereta.
  • 8.00 malam - Baru sampai rumah. Kebosanan melanda, namun perut sudah menjerit meminta makanan dijamah. Pergi ke kedai mamak untuk makan.
  • 9.00 malam - Masih di kedai mamak. Ternampak seorang awek cun keseorangan menunggu makanan. Syaitan berbisik, "pergilah engkau kepada awek itu. Mungkin dia menunggumu di sana..hehehehe."
  • 10.00 malam - Perut kenyang, melepak dengan awek cun, bos lulus cuti MC walaupun tak MC pun. Hari yang bahagia. Sedang memikirkan apa yang perlu dilakukan terhadap awek cun ini. Membawanya pulang? Bersiar-siar di padang permainan? Buat macam cerita cikgu Suraya? :P
  • 11.00 malam - Faham-faham jela......