Anak nakal

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seorang bapa berjalan dengan 3 orang anaknya, masing-masing berumur 8, 5 dan 3 tahun.

Mereka memasuki kedai tempat jualan peralatan hardware. Bapa itu kelihatan sedang berfikir keras ketika ditanya, “Ada yang dapat saya bantu?”

“Saya berasa perlu untuk membeli sesuatu, tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang ingin saya beli,” jawab bapa itu.

Lalu bapa itu memandang ke arah anak-anaknya dan bertanya, “Baiklah budak-budak, selain katil dan pintu bilik mandi, benda apa lagi yang korang rosakkan dalam minggu ini?”