Main bola

Daripada Bodohpedia.
Lompat ke: pandu arah, cari

Satu hari, sekumpulan pesakit jiwa yang dianggap semakin sembuh telah dihantar menjalani ujian kesihatan di tempat yang baru. Seorang juruterbang telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa tersebut berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan dipandunya.

Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan, juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.

Sepanjang masa kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yang melompat2 itu. Juruterbang menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu.

Juruterbang pesawat marah dan menyuruh pembantu juruterbangnya untuk menenangkan mereka. "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapal terbang!!" bentak pembantu juruterbang kepada orang-orang gila tersebut, tetapi tidak diendahkan oleh pesakit-pesakit tersebut. Juruterbang itu kemudiannya memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, juruterbang itu mendapati kapal terbang kembali stabil dan keadaan menjadi tenang.. Juruterbang sekali lagi memangggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata, sedangakan mereka tidak mendengar arahan pembantu juruterbang tadi..? Apa yang kau bagi tau sama kawan2 kau itu?".


Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya

..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!